Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin
dari Budak Kampung ( Henryezkandar ).
Hati-hati memandu kepada mereka yang mahu
pulang ke kampung.
Semoga Perjalanan anda sentiasa selamat
ingatlah insan yang tersayan
( dah macam buat iklan lah pulak )
hahaha
apa-apa pun Salam Aidilfitri iya.
tahun ni mungkin aku tak pulang beraya bersama keluargaku
dan beraya di kuala lumpur sahaja.
hummmm
sedih agak sedih sekarang
tapi perlu kuatkan semangat dan tekad untuk terus berusaha.
ini baru permulaan cerita dalam hidupku
untuk mengubah segalanya.
banyak aku perlu korbankan
ujian demi ujian
dan aku terpaksa menolak mereka yang hanya
hadir untuk keseronokan
diri mereka sahaja.
kerna aku perlu mengubah diriku.
kawan sungguh penting tapi biarlah mereka
yang tahu menghargai kawan
bukan menghargai ketika senang.
bukan wang menjadi ukuran dalam perhubungan
tapi kasih sayang dan erti kawan itu sendiri.
lagi beberapa hari dah nak raya
jadi dengan ini ingin memohon maaf
diatas salah dan silap
Maaf Zahir & Batin
Selamat Berhari Raya.