Perjalan hidup sememangnya seperti roda,
kadangkala kita megah berada diatas,
tanpa memikirkan keadan dibawah.
Itu satu yang pasti cuma waktu , keadaan dan masa belum diketahui.
beringat-ingatlah bahawa hidup kita saling bergantung,
bukan sekadar menggantungkan pakaian di ampaiaan sahaja.
manusia jugak saling berpaut antara satu sama lain,
bukan untuk mempergunakan, atau dipergunakan.
cukuplah sekadar peneman apabila memerlukan.
Aku masih ingat lagi pesan ibu "bukan ibu sebenarku"
Ibu berpesan janganlah kamu bersendirian, kelak hidupmu akan merana.
Mereka kan ada "siapa mereka ibu"?
mereka keluargamu, saudaramu, adik beradikmu, dan teman-temanmu.
Ibu jika mereka tiada?
Mereka sentiasa ada jika mereka tiada!!! kan Tuhan ada.
yaaaaaa.... Tuhan ada Ibu juga ada " Ibu ada masa itu sahaja".
sekarang ibu sudah tiada.
terima kasih Ibu atas pesanmu itu.
akan anakda mu ingat sampai mati insyallah
Al-fatihah buat ibu.