Sunday, July 8, 2012

LADANG TEA BOH CAMERON HIGLAND

Lokasi : LADANG TEA BOH CAMERON HIGLAND
NIKON D5000


Keindahan selepas hujan, sungguh memberikan satu kesegaran kepada penggunjung yang bertandang ke ladang tea, sambil menikmati secawan tea panas di cafe anjung.





Wednesday, July 4, 2012

PHOTOSHOOT AIN

Model : KESUMA DEWI AIN
Photographer : HENRYEZKANDAR
Lokasi : TAMAN TAMPLER RAWANG
Wardrobe : AIN
MUA : IEZWAN MALIQ

Ain pandai bermain dengan watak 


Monday, July 2, 2012

PHOTOSHOOT AT FRIM KEPONG


Lama sungguh aku tak update blog ni, boleh lah nak kata sibuk dengan kerja tak jugak, sibuk membesarkan badan ada lah.
hahaha!!!. 
Tapi baru-baru ni baru selesai 1 job photoshoot di FRIM,
Photoshoot ini di buat untuk satu produk dibawah kajian FRIM sendiri bersama Bio - Natural yang diberi nama FORESTRA.

Model 123 POSE AGENCY : SARA
Photographer : HAFEIDZ HADI
MUA : SYA
A & A EVENT

Gambaran watak sebagai penjaga hutan ( FORESTRA ), sangat sesuai dengan perwatakan SARA,
sungguh selesa bekerja dengan sara.

Monday, January 23, 2012

HAPPY BIRTHDAY

Masa berlalu dengan begitu pasti sekali, singkatnya dirasai bila kini umurku mencecah 25 tahun.
19 januari 1987 yang pastinya aku lahir kedunia ini. Terima kasih mak, kerna mak aku ada disini.
Aku rindu untuk peluk erat mak ku dan ucapkan rasa jutaan terima kasih kerna mak adalah ibuku yang terbaik yang aku miliki. Sungguh dugaan bila berjauhan dari mak. Tapi demi kerjaya dan kerja aku terus kuat berhadapan dengan dunia yang penuh dugaan dan cabaran ini,
Pelbagai ragam dan kerenah manusia yang diperlihatkan kepadaku. sungguh aku rindu untuk sentiasa berada di sisi mak sentiasa. Namun aku bersyukur kerna masih ada kekuatan biarpun tanpa mak disisiku, cukuplah doa yang diberikan oleh seorang mak setiap kali habis solatnya. 

Hummmmmm tahun ni, buat pertama kalinya aku rasa bersyukur kerana adanya kawan-kawan yang sudi meraihkan hari lahirku bersama hadia-hadiah yang aku rasakan cukup sempurna. Aku bukan pandang pada nilai hadiah itu, tapi bersahabatan yang terjalin itu lebih tinggi nilainya bagiku. Thank so much guy's. i love u all.

15 Jan 2012 OMK's Birthday @ Garden Cafe Mid Vally




19 Jan 2012 @ Chili's Mid Vally

Terima Kasih semua kerana membahagiakan hidupku untuk ketika ini, semoga kebahagian kita bersama semua berkekalan untuk selamanya.
Saat ini aku mengharapkan dia ada di sisiku. bersama untuk berkongsi kegembiraanku. tapi segalanya hanyalah mimpi buatku. Semoga dia lebih bahagia sekarang. 

Saturday, December 10, 2011

Bila Aku Rindu

Sendirian akan membuatkan kita teringat, mengigati meraka yang kita sayang tapi tidak dapat bertemu agak membuatkan kita pilu dan syahdu, perasaan mula memainkan penipuan dengan memberikan kekuatan namun tetap tewan bila perasaan dan ingatan mengimbau kenangan. Alunan lagu kesyahduan menambahkan lagi kekuatan untuk mengalirkan air mata. lihatlah seolah-olah bagaikan empangan yang pecah disaat mengalirnya mutiara jernih itu.
Orang kata lelaki kalo menagis bukanlah jantan namanya, tapi kalo jantan menagis so sweet kan, air mata lelaki mampu menutupi kelemahan karektor seseorang lelaki itu. Jadi jantan-jantan kat luar tu jangan lah poyo sangat ok. tak perlu menagis tapi cukuplah sekadar air mata itu mengalir, kerna air mata yang mengalirtu adalah perassan dan jiwa yang dirasaai lahir dari hati.

Bila aku rindu?
sekarang ni memang aku rindu.
kerinduan aku kepada Ibu ku, Keluarga ku.
kerna saban hari aku tidak mampu untuk menghubungi mereka bertanyakan khabar.
aku takut akan hilangnya kekuatanku.
kerna Ibu adalah kekuatanku selama ini.
melihat ibu sudah cukup memberikan aku kekuatan.
tetapi melihat ibu dalam keadaan yang kini aku tidak mampu untuk membantu aku rasa takut.
aku takut melihat ibuku semakin memperlihatkan usianya.
wajahnya yang lesu pucat itu,
tak mampu untuk aku bayangkan aku takut.
namun melihat senyuman ibu aku gembira kerana senyuman ibu dihatiku.
walaupun aku tahu seribu derita yang ibu sembunyikan,
namun aku akan terus gembira selagi aku disisi ibu.
seorang anak tidak mampu untuk menipu perasaannya dari ibunya.
kerna setiap pekara yang dilalui oleh anaknya, seorang ibu mampu untuk merasakannya
itulah keistimewaan seorang ibu.
Bila aku rindu
aku takut untuk kehilangan orang yang aku sayang.
dimanakah kekuatan ku.
berikanlah aku kekuatan.
saat ini juga aku rindu pada seseorang.
adakah dia juga merindui aku? itu tidak mampu untuk aku rasai.
cukuplah sekadar aku merinduinya sendirian,
biar hanya aku tahu apa rasa ku.
biar aku bergini jika dia tidak mengerti diri ini.
untuk apa bersama jika tidak serasi.
cukuplah sekadar aku merindui dia dari jauh.
hidupku harus diteruskan,
kerjaku?
kerjayaku?
keluargaku
kehidupanku?
kebahagiaanku?
semua itu aku perlu usaha untuk diri aku. cukuplah sedikit pengorbananku
untuk kita bersama.
selagi dia tidak mampu untuk terima aku seadanya.
aku redhor aku pasrah.
" cinta tidak kejam, tapi manusia yang tidak reti menghargai cinta "

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku


Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Lirik : Ombak Rindu

Bila Aku terima Lamaranya

Satu kisah bila kita suka kita akan menagis dalam perasaan yang gembira, kerna kesyukuran dan rezekinya masih tidak putus-putus untuk hambanya. Namun kebanyakan masyarakat sekarang bersedih kerana keadaan hidupnya yang serba kekurangan, dimana perginya rasa bersyukur kepadaNYA.
Pasrah itu bila kita Redhor pada ketentuanNYA. Redhor itu tetap bila kita terus bersyukur dengan apa yang ada.
namun usaha + ikhtiar perlu ada dalam mencari keberkatan.

Malam ini seorang teman akan datang berjumpa ku, katanya mahu melamarku.
aku terkejut dan terkelu, adakan mainan atau jenaka semua yang ku dengar.
menanti dan terus menunggu.
kehadirannya memberikan aku persoalan.?
bila mana dia berbicara aku mula terpaku.
" aku ingin melamarmu henry "
ohhh adakah itu mimpi!!!
dia melamarku untuk menjadi wedding styling baginya.
aku mengucap syukur dalam hari. sambil menahan rasa gembira.
Rezekiku dibukan Muharam ini.
sesungguhnya aku benar-benar bersyukur.


So tanggal 4 Dec 2011 aku dilamar oleh oleh ckay.
thank ckay. Semoga segala kerja ini dipermudahkan olehNYA.
dan semua hasil kerjaku seperti yang di inginkan oleh JulietEventos akan terhasil...
kekalahan ku sebelum ini memberikan banyak pengajaran, tanpa mereka aku tak mampu  untuk melakukan ini, Terima Kasih tak terhingga jugak kepada Adie dan Adam tanpa meraka aku disini lagi.

HENRYEZKANDAR Weddings
Styling, Wedding Stylist and Consaltant
014-2225 912

Thursday, December 8, 2011

BILA AKU BILA BILA

Bila aku rindu aku hanya menyepi,
bilamana hatiku kaku dan bila mana hanya emosi bermain diminda.
aku masih terus diam.

Bila aku suka aku juga berdiam.
kerna aku fikir adakah itu yang aku suka.
nafasku dalam keadaan yang kedu.
lalu aku pun berlalu tanpa rasa itu.

Bila aku nangis aku juga diam.
kerna aku berkata adakah aku menagis.
lalu aku diam...

Bila aku sakit juga aku diam
sakitnya hanya DIA yan tahu.
tp aku masih berdiam kerna sakitku ini tidak sesakit dia.

Bila aku gembira aku terus diam.
kerana aku bersyukur.
dan aku mahu melihat mereka yang aku sayang sentiasa gembira.

Bila aku diam aku gembira.
gembiranya aku bila aku diam.
tiada hati yang aku lukakan

Bila bila puan aku akan diam.
kerna diamku untuk mereka yang aku sayang.
aku tidak tegar untuk menyakiti mereka.
biarlah aku diam sampai bila bila.