Saturday, January 29, 2011

JOHOR BHARU HOTEL SELESA

Masih dalam keadan yang agak kelang kabut lagi
dalam mencari erti kesenangan
aku disini berpijak di kota yang kian membangun
inilah kota Johor Bharu

dalam kesebokan mencari rezeki untuk aku menyara diriku.
sempat juga aku update blog aku ni, ahhhh kerja oh kerja
harini ada kursus Dr Azizan di Hotel Selesa @ JB.
dalam kelapangan ini aku ambiklah masa untuk update blog aku di cafe hotel.
 sambil menikmati 2 bun ayam yang agak unik rasanya.
aku tertiba terpikir seseorang hahaha sape yg aku dok pikir tu ek...
aku pn keliru. hahahahha abaikan aje.
ni lah bun dia, licin gak aku makan
tp ni belom habis lagi lah haha

terasa sejuk keadaan disini, almaklumlah satu hari ini hujan sahaja di JB ini.
sampai aku nk keluar pn tak boleh.
tp sempat jugak lah aku hantar kereta abang aku yang dah macam tongkang pecah tu g cuci dekat sebelah hotel sahaja.
nasib baik sebelah hotel sahaja tak delah aku  kena berjalan.

Hahaha sambil2 aku dok online di cafe ni sempat jugak lah aku berbisnes hahha
sempat sahaja kannnn..
biasalah kalo dah otak bisnes tu je yang aku dok pikir...
cuma belom dok bisnes orang je lagi.. mesti laku nanti...



Monday, January 24, 2011

Mencari Ketenangan Dalam Diri.

Dalam kesebokan aku sejak kebelakangan ini,
aku cuba untuk update blog aku ni.
minggu lepas
9 january aku sempat menjejak kaki ke Singapore
dalam mencari ilham dan ketenangan.
walaupun hanya sementara, namun aku menghargainya...
Thank Nik. Cintaku Tertinggal Di Sana, u tolong cari cinta saya ye...hehehe

Selepas pulang dari Singapore ke esokannya

12 january a
Kami berangkat ke Kuantan pada pukul 11.30PM dan tiba di Kuantan dalam jam 2PM kerana mencari bahan untuk Penyelidikan Kawan baik aku Nik, Kami stay di Hotel Mega View kerana aku telah booking untuk 1 malam semasa aku di Singapore lagi.
Dalam kesempatan itu aku sempat berjumpa Hammond teman baik ku di Kuantan manakala pada waktu malam pula kami keluar bersama Kamal yang sememangnya kenalanku, dah kami melepak di TC=Teluk Cempedak banyak kenangan aku disini dulu.. hehe.


13 january
kami bertolak ke Kuala Terengganu pada jam 2PM dan sampai di K.Terengganu pada pukul 5PM,
aku dah Nik sempat bersiar2 melihat sekitar K.Terengganu pada sebelah petang.
Nik sebenarnya cukup Terkejut dengan persekitaran K.Terengganu yang agak suram berbanding di Kuantan. Selepas Dinner aku bawak Nik melepak di Batu Burok.
hahaha apa korang rasa kami buat dekat batu burok tu...

14 january
Kami pulang ke Kuala Lumpur pada hari jumaat kerana tidak banyak bahan yang boleh kami perolehi di K.Terengganu. Nik buat keputusan untuk tinggal di Hotel Sekitar Bukit Bintang sahaja setelah tiba di Kuala Lumpur, aku dengan rasa serba salah tapi itu mungkin selesa buat Nik sebab keesokan harinya dia nak pulang ke Singapore. Sebelah malam aku menemani temanku Razamin supper di Keramat,

15 january
Pagi ini aku bangun aku tengok Razamin berada dalam keadaan kurang selesa rupa2nya cik Razamin jatuh sakit dah aku cuba menjaganya sehingalah dia sedikit sihat. sebelah petang aku ada perjumpaan dengan budak2 masa aku belajar dekat Politiknik di Berjaya Time Square. Enjoy Bowling harini thank My Fwends...

16 january
Jam menunjukkan 5.30am aku mendapat satu panggilan yang agak mengejutkan diri aku iaitu panggilan dari my sister dr rawang menyatakan bahawa nenek dikampung telah meninggalkan kami semua buat selamanya. Aku agak terkejut lalu menjadi keliru fikiran aku menjadi tidak waras sebentar, aku termenung sendirian buat seketika.
Al-Fatihah dan Doa aku berikan kepada Aruah Nenekda ku. Semoga dia ditempatkan Oleh NYA dikalangan insan2 yang terpilih...Aminnnn.

Saturday, January 22, 2011

Aku Manusia Aku Lelaki Selagi Kita Bergelar LELAKI

selagi kita bergelar LELAKI
hati terlalu inginkan kesempurnaan
walau di bibir mengatakan rupa paras bukan ukuran
darjat dan kedudukkan bukan penghalang...
tapi selagi kita bergelar LELAKI
selagi belum habis kita jelajah
selagi itu erti KEPUASAN tiada dalam kamus hidup

mencari yang setia ... bukan mudah
menjadi yang setia ... terlalu susah
entah apa yang harus di cari lagi
entah apa yang ingin di terokai lagi
entah bila akan kita berhenti

selagi kita bergelar LELAKI

jika kamu memancing ikan..
setelah ikan itu terlekat di mata kail..
hendaklah kamu mengambil ikan itu..
jangan sesekali kamu lepaskan ia semula..
ke dalam air begitu saja..
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...

begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorg..
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya..
jangan sesekali kamu meninggalkan begitu saja..
kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi ia mengingatimu..

jika kamu menadah air biarlah berpada..
jangan terlalu mengharap pada takungannya..
dan janganlah menganggap ia begitu teguh..
cukuplah sekadar keperluanmu..
apabila sekali ia retak..
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..
akhirnya ia dibuang..
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi..

begitu juga jika kamu memiliki seseorang..terimalah seadanya..
janganlah kamu terlalu mengaguminya..
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..
anggaplah dia manusia biasa..
apabila sesekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya..
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya..
sedangkan jika kamu memaafkannya..
boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya..

jika kamu telah memiliki sepinggan nasi..
yang kamu pasti baik untuk diri kamu..
mengenyangkan..berkhasiat..
mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain..
terlalu ingin mengejar kelazatan..
kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya..
kamu akan menyesal..

begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..
yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu..
menyayangimu..mengasihimu..
mengapa kamu berlengah,cuba membandingkannya dengan yang lain..
terlalu mengejar kesempurnaan..
kelak kamu akan kehilangannya apabila ia menjadi milik org lain..
kamu juga akan menyesal..

Friday, January 7, 2011

Aku Terus Melangkah Aku Berusaha Untuk Bangun


Harini 1 hari aku keluar bersama En.Nik dan Dr.Kirana
Sedah 3 hari Nik berada di KL kerana mencari bahan untuk Penyelidikan dia di Denmark.
Harini kami berjalan ke KLCC, ahhhh dah lama aku tidak naik LRT dan Putra untuk bergerak kemana2.
Puas rasanya berjalan harini.
Kami plan untuk bertemu di Station Putra Masjid Jamek sekitar jam 3pm.
setiba di KLCC kami terus melabuhkan punggung yg agak selesa keadaanya di DOME sambil berborak sederhana riang sambil ditemani renjisan malu2 hujan ke bumi ini, dah lama rasanya tak duduk seperti harini ini sambil bertukar cerita, tenang perasaan ku.
Setelah minum kami berjalan ke ZARA dan TOPMAN tp dimanakan BOTTAMMAN??? lawak yang ku ajuk kepada NIK. gelak riang NIK dibuat aku seketika.
Setelah selesai kami terasa lapar kerana sudah jam 5pm kami bertiga masih belum Lunch hahahah,
tanpa berlengah kami memulakan langkah berjalan ke Bukit Bintang dan makan di Restoran Nasik Ayam terkenal di area ini.
Sambil makan aku bercadang untuk ke Singapura bersama NIK pada Ahad ini.
Aku ke sana untuk berjalan2 mencari ilham. Nantikan kisah aku di Singapura nanti ya.

Tuesday, January 4, 2011

Terima Kasih Untuk Segalanya

Terima kasih untuk segalanya,
harini demi hari hatiku semakin terluka,
Namun aku membiarkan aku hanyut dalam kelukaan diriku.

Hati pernah berbicara,
Mengapa perlu kau berdusta
Meniti derita Jiwa yang kau terasa

Haruskah aku melupakan segalanya
Yang mungkin akan terus membenarkan aku merana
Mengharap sudah tentu bukan yang aku pinta.

Mengapa aku bergini,
Emosi aku mudah tergangu fikiran aku bercelaru,
apa yang ada disekeliling aku semuanya tidak betul,
aku bukan seperti dahulu,
diriku tenggelam dalam lautan perasaan hati ini.
Mampukan aku mencari diriku yang tenggelam
Haruskah aku membuang mereka dari diriku,
ohhhh tuhan akhirnya aku yang akan terluka nanti...

Kekuatan ku adalah sahabatku,
kekuatanku adalah cinta ku,
kekuatanku ada keluarga ku ibu ku,
Namun kini masihkan aku kuat.
kerna cinta dan persahabatanku kian pudar.


Elegance Tahun 2011

.Selamat menyambut tahun baru 2011 semua.

Kepada kawan2 yang ku sayangi tahun ni kita tak dapat menyambut bersama. 
kerana terpaksa pulang ke kampung.
Akhirnya aku berpeluang untuk memulakan tahun baru ku bersama blogku ini dah Elegance..
hudupku kini bersama Elegance.

Selamat tinggal kenangan 2010


kini aku cuba untuk mengorak langkah baru dalam mencipta corak baru hidup aku di Kota ini.
dengan meninggalkan kerjaya selama 2 tahunku di UM.

Tahniah.

kepada sahabat2 ku yang akan bertunang bersama teman teristimewa dihati mereka.
kepada Ogy sorry sy tak dapat hadir di majlis pertunangan sebab masih berada di kampung.
Kepada Sue & Ewan tahniah kerana akan bertunang, sorry jugak sebab mungkin saya tak dapat hadir sebab sudah pulang ke KL. Insyallah saya akan cari peluang untuk bersama di majlis penuh bermakna nanti.