Harini 1 hari aku keluar bersama En.Nik dan Dr.Kirana
Sedah 3 hari Nik berada di KL kerana mencari bahan untuk Penyelidikan dia di Denmark.
Harini kami berjalan ke KLCC, ahhhh dah lama aku tidak naik LRT dan Putra untuk bergerak kemana2.
Puas rasanya berjalan harini.
Kami plan untuk bertemu di Station Putra Masjid Jamek sekitar jam 3pm.
setiba di KLCC kami terus melabuhkan punggung yg agak selesa keadaanya di DOME sambil berborak sederhana riang sambil ditemani renjisan malu2 hujan ke bumi ini, dah lama rasanya tak duduk seperti harini ini sambil bertukar cerita, tenang perasaan ku.
Setelah minum kami berjalan ke ZARA dan TOPMAN tp dimanakan BOTTAMMAN??? lawak yang ku ajuk kepada NIK. gelak riang NIK dibuat aku seketika.
Setelah selesai kami terasa lapar kerana sudah jam 5pm kami bertiga masih belum Lunch hahahah,
tanpa berlengah kami memulakan langkah berjalan ke Bukit Bintang dan makan di Restoran Nasik Ayam terkenal di area ini.
Sambil makan aku bercadang untuk ke Singapura bersama NIK pada Ahad ini.
Aku ke sana untuk berjalan2 mencari ilham. Nantikan kisah aku di Singapura nanti ya.