Monday, January 24, 2011

Mencari Ketenangan Dalam Diri.

Dalam kesebokan aku sejak kebelakangan ini,
aku cuba untuk update blog aku ni.
minggu lepas
9 january aku sempat menjejak kaki ke Singapore
dalam mencari ilham dan ketenangan.
walaupun hanya sementara, namun aku menghargainya...
Thank Nik. Cintaku Tertinggal Di Sana, u tolong cari cinta saya ye...hehehe

Selepas pulang dari Singapore ke esokannya

12 january a
Kami berangkat ke Kuantan pada pukul 11.30PM dan tiba di Kuantan dalam jam 2PM kerana mencari bahan untuk Penyelidikan Kawan baik aku Nik, Kami stay di Hotel Mega View kerana aku telah booking untuk 1 malam semasa aku di Singapore lagi.
Dalam kesempatan itu aku sempat berjumpa Hammond teman baik ku di Kuantan manakala pada waktu malam pula kami keluar bersama Kamal yang sememangnya kenalanku, dah kami melepak di TC=Teluk Cempedak banyak kenangan aku disini dulu.. hehe.


13 january
kami bertolak ke Kuala Terengganu pada jam 2PM dan sampai di K.Terengganu pada pukul 5PM,
aku dah Nik sempat bersiar2 melihat sekitar K.Terengganu pada sebelah petang.
Nik sebenarnya cukup Terkejut dengan persekitaran K.Terengganu yang agak suram berbanding di Kuantan. Selepas Dinner aku bawak Nik melepak di Batu Burok.
hahaha apa korang rasa kami buat dekat batu burok tu...

14 january
Kami pulang ke Kuala Lumpur pada hari jumaat kerana tidak banyak bahan yang boleh kami perolehi di K.Terengganu. Nik buat keputusan untuk tinggal di Hotel Sekitar Bukit Bintang sahaja setelah tiba di Kuala Lumpur, aku dengan rasa serba salah tapi itu mungkin selesa buat Nik sebab keesokan harinya dia nak pulang ke Singapore. Sebelah malam aku menemani temanku Razamin supper di Keramat,

15 january
Pagi ini aku bangun aku tengok Razamin berada dalam keadaan kurang selesa rupa2nya cik Razamin jatuh sakit dah aku cuba menjaganya sehingalah dia sedikit sihat. sebelah petang aku ada perjumpaan dengan budak2 masa aku belajar dekat Politiknik di Berjaya Time Square. Enjoy Bowling harini thank My Fwends...

16 january
Jam menunjukkan 5.30am aku mendapat satu panggilan yang agak mengejutkan diri aku iaitu panggilan dari my sister dr rawang menyatakan bahawa nenek dikampung telah meninggalkan kami semua buat selamanya. Aku agak terkejut lalu menjadi keliru fikiran aku menjadi tidak waras sebentar, aku termenung sendirian buat seketika.
Al-Fatihah dan Doa aku berikan kepada Aruah Nenekda ku. Semoga dia ditempatkan Oleh NYA dikalangan insan2 yang terpilih...Aminnnn.